Andrew Garfield Akan Berehat Seketika Daripada Berlakon

Dua filem Andrew Garfield yang aku tonton sejak tahun lepas sehingga tahun ini adalah Spider-Man: No Way Home dan juga Tick, Tick … Boom! di Netflix. Dalam dua-dua filem ini, Andrew membawakan prestasi lakonan yang amat hebat dan memuaskan.

Beliau tidak dinafikan adalah seorang pelakon yang berbakat. Terkini Andrew menyatakan beliau akan berhenti berlakon untuk seketika. Perkara ini dinyatakan dalam temuramah untuk filem Under the Banner of Heaven.

Sebab beliau ingin berehat ini adalah untuk hidup normal kembali dan mencari nilai diri sendiri di mana selepas ini beliau boleh pergi. Beliau inginkan satu kehidupan yang tidak berfikir panjang mengenai lakonan dan hanya hidup dengan tenang untuk sementara.

Bilakah beliau akan kembali berlakon dan apakah debut filem baharu nanti, masih belum diumumkan. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini