Bulan lalu, telah kami laporkan yang tarikh tayangan filem sekuel Shazam! iaitu Shazam 2: Fury of the Gods yang sepatutnya ditayangkan pada November 2022 tunda ke 16 Disember mengambil tempat tarikh tayangan asal Aquaman 2.

Kini di CinemaCon 2022, selepas Avatar The Way of Water diumumkan dan akan ditayangkan pada 16 Disember – Warner Bros. menunda tarikh tayangan Shazam 2 kepada 21 Disember 2022. Ini adalah bagi mengelak filem DC ditayangkan serentak dengan filem Disney.

Avatar pertama menjadi filem dengan kutipan tertinggi dunia iaitu lebih $2.8 bilion. Avatar 2 yang sudah lama dinanti-nantikan ini ada potensi untuk memecah rekod sekali lagi, jadi Shazam yang mungkin tidak akan menerima kutipan sehebat Avatar – lebih baik elak daripada ditayangkan serentak.

Sohor Kini