Garmin Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran jam tangan pintar Instinct 2 Solar One Piece yang akan hadir dengan tiga rekaan berdasarkan watak dari One Piece iaitu Monkey D.Luffy, Roronoa Zoro dan Tony Tony Chopper.

Ketiga-tiga jam tangan pintar ini ditawarkan dengan harga RM2,299 setiap satu melalui Shopee dan Lazada. Manakala pada 5 Mei 2022, bersempena dengan hari lahir Monkey D. Luffy, ia juga akan ditawarkan di AECO e-Store.

Instinct 2 Solar merupakan jam tangan pintar yang mempunyai beberapa jenis penyata kedudukan seperti GPS, GLONASS dan Galileo yang terbina, meter altitud, barometer, kompas elektronik dan juga fungsi Trackback.

Sohor Kini