Aquiris telah mengumumkan yang permainan lumba kereta Horizon Chase menerima DLC baharu iaitu Golden Japan. Ia antaranya akan menyertakan litar dan juga kostum untuk kereta.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Antara yang disertakan adalah 9 litar baharu iaitu 3 litar berdasarkan Tokyo, 2 litar dari Kyoto, 3 dari Iya Valley dan 1 dari Sapporo. Selain itu, ia juga akan menerima 4 hiasan kereta yang membuatkan kereta kelihatan seperti AE86 dari Initial D.

DLC Golden Japan ini akan ditawarkan dengan harga RM12.90 dan akan menerima potongan harga sebanyak 50% seminggu pertama ia dilancarkan.

Horizon Chase sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android melalui Play Store dan juga Huawei AppGallery. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini