Star Wars: Visions adalah siri animasi antologi Star Wars yang disiarkan secara eksklusif di Disney+. Ia menceritakan pelbagai kisah alternatif dunia Star Wars daripada pelbagai pencipta animasi dan pencipta animasi yang sendiri meminati Star Wars.

Ia juga membawakan pelbagai pelbagai pelakon hebat sebagai pelakon suara dan turut menawarkan dua versi, Inggeris dan Jepun.

Terkini melalui The Verge, Lucasfilm dikatakan sedang membangunkan satu lagi siri animasi antologi. Ia bukannya Vision musim kedua yang ramai harapkan akan kembali. Besar kemungkinan ia adalah Tales of the Jedi iaitu kisah ribuan tahun sebelum berlakunya kejadian dalam filem-filem Star Wars.

Acara sambutan Star Wars yang akan diadakan pada hujung Mei akan datang, akan mempunyai banyak pengumuman. Star Wars telah pun hadir dengan jadual, dan salah satu agendanya adalah panel yang dihoskan oleh Dave Filoni antara pencipta The Mandalorian dan Amy Ratcliffe penulis laman web Star Wars mengenai siri animasi Tales of the Jedi.

Dark Horse mempunyai komik dahulu dengan judul sama. Ia mungkin akan menjadi adaptasi atau terus sesuatu yang baru. Tetapi siri ini diharapkan akan teruskan lagi mengembangkan dunia Star Wars tanpa ada lagi kisah Skywalker.

Sohor Kini