Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan PlayStation Plus secara rasmi bagi bulan Mei untuk pemain di Malaysia.
Mereka menyertakan tiga permainan percuma yang boleh ditebus bermula 3 Mei sehingga 6 Jun 2022;
PlayStation Plus merupakan langganan khas buat konsol PlayStation di mana ia bukan sahaja menyertakan permainan percuma setiap bulan, malah pemain turut akan menerima diskaun khas dan juga fungsi untuk bermain secara atas-talian dan menyimpan fail simpanan permainan secara atas awan. Langganan PlayStation Plus bermula RM29 sebulan, RM69 untuk 3 bulan dan RM159 untuk setahun.
PlayStation juga telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dengan menyertakan tahap tambahan iaitu Extra dan Deluxe yang akan bermula pada 28 Mei 2022.
Jika anda masih tidak menebus untuk permainan yang ditawarkan pada bulan April anda masih boleh melakukannya sehingga 2 Mei 2022.