11 Bit Studios telah mengumumkan yang This War of Mine Final Cut iaitu permainan This War of Mine untuk PlayStation 5 dan Xbox Series akan dilancarkan pada 10 Mei 2022. Ia juga akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Versi Final Cut ini akan menyokong visual 4K dan juga penambah-baikkan untuk antaramuka pengguna. Selain itu, ia akan menyertakan lokasi permainan asal dan juga DLC This War of Mine: Stories, misi dan kejadian, senario dan juga watak baharu.

Ia tidak akan menyertakan bersama This War of Mine: Stories yang mempunyai tiga DLC penceritaan, ia boleh dibeli secara berasingan.

11 Bit Studios sebagai pembangun untuk This War of Mine yang merupakan permainan memfokuskan kepada kesan peperangan adalah antara yang terawal mengutuk pencerobohan Rusia terhadap Ukraine, termasuk juga menderma pendapatan yang diperoleh daripada penjualan permainan mereka.

Sohor Kini