Square Enix telah mengumumkan yang mereka bekerjasama dengan Atlus untuk menyertakan kandungan berdasarkan Persona 5 Royal di dalam permainan mudah alih War of the Vision Final Fantasy Brave Exvius.

Acara kolaborasi ini bermula sekarang sehingga 31 Mei di mana anda berpeluang untuk mendapatkan watak-watak Persona. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Melalui acara ini, pemain boleh dapatkan watak-watak Persona 5 Royal iaitu Joker, Queen dan Violet. Selain itu, pemain juga boleh dapatkan kad vision iaitu “Changing the World Takes Heart” dan “Those Who Defy Reality”.

War of the Vision Final Fantasy Brave sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini