Nuverse telah mengumumkan yang DC Worlds Collide iaitu permainan aksi mengikut turutan yang membolehkan pemain untuk mengumpul adiwira-adiwira DC dilancarkan secara rasmi untuk iOS dan Android buat pasaran Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura.

DC Worlds Collide sebelum ini sudah dilancarkan untuk Android secara akses awal, dan bagi pemain sedia ada, kandungan baharu juga disertakan iaitu membawa watak Martian Manhunter bersama dengan adiwira, penjahat baharu juga akan tiba.

Adiwira-adiwira lain yang pemain boleh dapatkan di dalam permainan ini adalah Batman, Superman, The Flash, dan Wonder Woman dengan penjahat seperti Lex Luthor dan Harley Quinn.

DC Worlds Collide adalah permainan percuma untuk iOS dan Android dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini