Variety telah melaporkan yang HBO Max tempah siri animasi Noonan’s yang akan memfokuskan kepada watak Kite Man, ia juga akan menjadi siri sampingan untuk siri animasi Harley Quinn yang akan menerima musim ketiga tidak lama lagi.
Siri ini akan memfokuskan kepada Kite Man bersama dengan teman wanita baharu dia iaitu Golden Glider melakukan pelbagai jenayah untuk mencari wang agar mereka dapat membeli satu bar bernama Noonan’s.
Matt Oberg akan menjadi pelakon suara untuk Kite Man seperti yang dilakukan oleh beliau di dalam Harley Quinn. Pencipta Harley Quinn iaitu Justin Halpern, Patrick Schumacker, dan Dean Lorey juga akan menjadi penerbit untuk Noonan’s.