Sharkmob sebelum ini telah melancarkan Vampire: The Masquerade – Bloodhunt iaitu permainan battle royale berdasarkan dunia World of Darkness secara akses awal di PC. Pada minggu ini, mereka telah melancarkan permainan tersebut secara rasmi termasuk juga untuk PlayStation 5.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Di dalam permainan battle royale ini, pemain akan menjadi vampire dan melawan vampire lain termasuk juga entiti yang ingin membunuh vampire. Ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun bersama dengan rakan. Pemain juga boleh menyamar menjadi manusia.

Vampire: The Masquerade – Bloodhunt adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini