Game Developer telah melaporkan yang Sony sedang berkomunikasi dengan pembangun-pembangun permainan video mengenai sesuatu yang mungkin menjadi arahan baharu, iaitu sebarang permainan yang bernilai melebihi $34 (~RM148) mesti menyediakan versi percubaan yang sekurang-kurangnya boleh dimainkan selama 2 jam.

Tambah laporan tersebut, arahan ini adalah terpakai untuk permainan-permainan yang akan dikeluarkan dan permainan-permainan yang sudah dikeluarkan tidak akan terkesan. Selain itu, pembangun juga mempunyai masa selama 3 bulan untuk hadir dengan versi percubaan tersebut dan ia hanya untuk pelanggan PlayStation Plus Premium ataupun Deluxe di Malaysia sekurang-kurangnya untuk 12 bulan.

Perkara ini sudah semestinya adalah perkara yang baik bagi pemain kerana ia memberikan peluang kepada pemain untuk mencuba permainan sebelum membuat pembelian, namun sedikit mengecewakan kerana ia tampaknya memfokuskan kepada versi PS Plus yang lebih mahal sahaja.

Sohor Kini