Square Enix dan Warner Bros. Japan telah berkongsi lanjut mengenai siri anime Legend of Mana: The Teardrop Crystal yang merupakan adaptasi kepada permainan Legend of Mana yang dikeluarkan pada tahun 1999 versi penambah-baikkan dikeluarkan pada tahun 2021.

Pertama kali diumumkan pada tahun lepas, minggu ini mereka telah berkongsi treler acah untuknya yang anda boleh tonton di bawah. Ia adalah video berbahasa Jepun tetapi mempunyai sarikata bahasa Inggeris.

Siri anime ini diarah oleh Masato Jinbo yang terlibat dengan siri anime The Rising of the Shield Hero Musim 2. Animasi dihasilkan oleh Graphinica dan Yokohama Animation Lab yang terlibat dengan anime seperti Another World dan The Genius Prince’s Guide to Raising a Nation Out of Debt.

Legend of Mana: The Teardrop Crystal akan mula disiarkan di Jepun sekitar tahun 2022, tidak disahkan lagi untuk pasaran global.

Sohor Kini