TNT dan TBS adalah antara syarikat siaran televisyen di bawah Warner Bros. TNT terlibat dengan siri TV seperti Snowpiercer yang disiarkan secara global melalui Netflix. Manakala TBS pula yang terlibat dengan siri animasi sitkom American Dad.

Dengan David Zaslav menjadi CEO Warner Bros. Discovery, beliau telah bercadang untuk menghentikan pembangunan rancangan.program/siri TV berskrip di TNT dan TBS. Ini adalah kerana mereka sedang mencari cara untuk mendapatkan dana $3 bilion dengan berjimat serta tanpa belanja berlebihan.

Dana yang terkumpul daripada memotong apa yang tidak patut atau yang membazir ini akan diberi fokus kepada kandungan Warner Bros. dan Discovery. Antara yang David inginkan adalah memfokuskan dunia DC dengan watak-watak penting seperti DC dengan harapan kandungan DC yang bercelaru ini dapat bekerjasama secara harmoni.

Dengan strategi baharu ini, tidak pasti apa akan berlaku dengan Snowpiercer dan American Dad yang masing-masing ada peminat tersendiri serta mempunyai maklum balas yang baik daripada umum.

Sohor Kini