Stardock minggu ini telah melancarkan secara rasmi Galactic Civilizations IV untuk PC dan secara eksklusif melalui Epic Games Store. Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Galactic Civilizations IV adalah permainan baharu untuk siri permainan strategi 4X berdasarkan angkasa lepas. Melalui permainan baharu ini mereka menyertakan peta pelbagai-sektor, fungsi Citizens juga dikembangkan lagi selepas diperkenalkan di dalam GC III.

Selain itu, untuk menjadikan sesi permainan lebih menarik mereka mempekenalkan sistem Galactic Achievements, iaitu pemain perlu mengumpul “prestiage points” dengan melakukan pelbagai cabaran untuk menang, berbanding dengan sekadar mendominasi sebelum ini. Sistem Core Worlds juga disertakan untuk mengurangkan pengurasan-mikro di dalam permainan ini.

Galactic Civilizations IV ditawarkan dengan harga RM85.49 di Epic Games Store.

Sohor Kini