Pada tahun 2020 Netflix telah mengumumkan yang mereka memilih Anthony Russo dan Joe Russo iaitu yang bertanggungjawab membawa Avengers kepada dunia untuk mengarah filem The Gray Man iaitu filem aksi berdasarkan novel berjudul sama yang ditulis oleh Mark Greaney.

Terkini, Netflix Malaysia telah mengumumkan yang The Gray Man akan disiarkan pada 22 Julai 2022 secara eksklusif di platform penerimaan tersebut. Filem ini dibintangi oleh Ryan Gosling sebagai Court Gentry iaitu seorang CIA yang menjumpai rahsia mengenai organisasi beliau.

Selain itu, Chris Evans, Ana de Armas, dan Jessican Henwick antara nama lain yang akan membintangi filem ini. Penulis adalah Joe Russo, Christopher Markus dan Stephen McFeely.

Dengan bajet sebesar $200 juta (~RM871 juta), The Gray Man adalah filem dengan bajet tertinggi oleh Netflix buat masa ini.

Sohor Kini