Riders Republic iaitu permainan simulasi sukan lasak oleh Ubisoft telah secara rasminya memasuki musim kedua yang digelar sebagai Showdow. Musim baharu ini antaranya akan menyertakan mod permainan dan peralatan baharu.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Bersama dengan musim baharu ini, mereka akan mempekenalkan Shodown Arena yang akan menyertakan mod mutli-pemain tersendiri iaitu pemain akan bertempur 6 lawan 6 untuk merebut kilat sebanyak yang mungkin. Pemain juga boleh menggunakan pelbagai peralatan baharu di dalam pertempuran ini.

Seterusnya adalah mod Manual yang membolehkan pemain untuk menghasilkan perlumbaan tersendiri ataupun menyertai perlumbaan yang dihasilkan oleh pemain lain.

Musim baharu juga membawa kemajuan musim baharu yang akan menawarkan pelbagai ganjaran dan acara masa terhad berbeza antaranya adalah Rabbids Takeover yang akan berlangsung 18 Mei ini.

Riders Republic sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Ubisoft Connect dan Epic Games Store.

Sohor Kini