Ethan Hawke adalah penculik yang mengerikan dalam filem Black Phone. Dalam filem ini beliau tekah menculik seorang kanak-kanak, iaitu Finney Shaw lakonan Mason Thames. Dalam usaha membebaskan diri, Finney menyaksikan banyak perkara seram dan mengerikan sambil itu adik Finney menerima mimpi dan gangguan mengenai lokasi abangnya.

Black Phone dilihat merupakan satu filem seram yang lain daripada yang lain. Watak Ethan Hawke yang digelar sebagai The Grabber ini seakan dirasuk atau memang benar-benar jahat, kejam dan zalim kerana sebenarnya beliau ada mangsa kanak-kanak lebih banyak yang lain.

Finney pula menerima bantuan/gangguan daripada “roh” mangsa si penculik untuk cuba membebaskan diri dan banyak rahsia terbongkar daripada “gangguan” ini. Turut tidak pasti kenapa roh-roh mangsa ini turut membantu adik Finney dan bagaimana mereka boleh cari si kecil ini untuk membantu pihak berkuasa mencari lokasi Finney.

Filem ini akan ditayangkan pada 23 Jun akan datang.

Sohor Kini