Ubisoft telah melancarkan acara masa terhad baharu untuk permainan menembak Tom Clancy’s Rainbow Six Siege iaitu Rengoku yang sudah bermula dan berlangsung sehingga 17 Mei 2022.

Anda boleh tonton treler bentuk permainan di bawah.

Melalui acara ini, mod baharu diperkenalkan berdasarkan control area yang akan menggunakan kelengkapan Kiba dan mempunyai kadar hidup-semula yang cepat menjadikan sesi permainan yang lebih pantas dan penuh dengan aksi dengan setiap operator akan menjadi Samurai.

Pemain akan menggunakan senjata Kiba bersama dengan shotgun dan juga pistol. Operator Fuze, Osa, Rook dan Thunderbird boleh memilih Kiba Api ataupun Racun, manakala Twitch, Capitao, Zofia, Kapkan, Bandit dan Maestro boleh memilih Kiba Flashback atau Knockback.

Selain itu, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan kosmetik berdasarkan acara ini yang bertemakan Samurai dan Jepun.

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini