Mattel iaitu syarikat di sebalik mainan seperti Hot Wheels dan anak patung barbie telah mempunyai bahagian perfileman, Mattel Films. Melalui studio ini mereka ingin fokus dalam menghasilkan filem-filem berdasarkan mainan mereka.

Filem aksi nyata Barbie sudah lama kedengaran dengan Margot Robbie sebagai Barbie serta Ryan Gosling sebagai Ken. Di CinemaCon 2022, buat pertama kalinya Warner Bros. telah mendedahkan imej pertama untuk filem ini di mana Margot Robbie sebagai Barbie kelihatan di dalam kereta yang mungkin berada di sekitar rumah watak ini.

Jalan cerita penuh masih belum jelas, tetapi pelakon seperti America Ferrera, Kate McKi, Sim, Alexandra Shipp, Will Ferrell, Issa Rae, Michael Cera, dan Ariana Greenblatt akan terlibat.

Filem ini diarahkan oleh Greta Gerwig dengan skrip daripada beliau berserta Noah Baumbach. Margot Robbie turut menjadi penerbit melalui syarikat beliau LuckyChap.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 21 Julai 2023.

Sohor Kini