Poco hari ini telah mengumumkan secara rasmi pelancaran Poco F4 GT yang memfokuskan kepada penggunaan berkuasa tinggi termasuk gaming. Poco F4 GT hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 yang menyertakan sokongan 5G.

Bagi skrin, ia menggunakan panel AMOLED bersaiz 6.67-inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Bagi memberikan prestasi permainan yang lebih baik, ia juga dikatakan mempunyai kadar touch sampling sehingga 480Hz.

Bagi memastikan sesi permainan tidak terganggu dengan kepanasan peranti, Poco F4 GT menyertakan LiquidCool Technology 3.0 yang menyertakan sistem dwi-penyejukan 4,860mm². Satu lagi yang membolehkan sesi permainan yang lebih baik adalah dua butang bahu yang boleh pop-naik.

Poco F4 GT hadir dengan bateri sebesar 4700mAh yang menyokong pengecasan pantas sehingga 120W, yang tersedia bersama di dalam kotak, di mana ia boleh dicaj dari kosong hingga penuh dalam masa 17 minit, dan lebih kurang 27 minit ketika bermain permainan mudah alih.

Poco F4 GT akan mula ditawarkan pada 28 April 2022 dengan dua variasi iaitu RM2,299 untuk 8GB RAM + 128GB storan dan RM2,499 untuk 12GB RAM + 256GB storan. Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu : Stealth Black, Knight Silver, dan Cyber Yellow. Buat masa terhad kedua-dua variasi ditawarkan dengan harga promosi iaitu RM1,999 dan RM2,199.

Sohor Kini