Activision Blizzard telah berkongsi prestasi kewangan mereka untuk suku yang berakhir pada 31 Mac lepas, selain memperlihatkan keuntungan dan perbelanjaan mereka, ia juga memperlihatkan jumlah pemain aktif setiap bulan untuk studio-studio mereka.
Bagi tiga studio utama mereka iaitu Activision, Blizzard dan King, jumlah pemain aktif bulan memperlihatkan penurunan berbanding suku yang sama pada tahun lepas.
Activision yang permainan utama mereka iaitu Call of Duty mempunyai 150 juta pemain aktif bulanan pada tahun lepas, dan kini mempunyai 100 juta pemain, walaupun ia masih satu jumlah yang tinggi tetapi masih menggambarkan pengurangan pemain untuk Call of Duty Warzone dan penerimaan kurang baik untuk Call of Duty Vanguard.
Manakala Blizzard memperlihatkan penurunan yang sedikit iaitu 22 juta pemain berbanding 27 juta tahun lepas, ia boleh disebabkan oleh kekurangan permainan baharu oleh mereka. Dengan Diablo Immortal akan dikeluarkan tidak lama lagi, ia mungkin akan memperlihatkan peningkatan.
Manakala King, penerbit untuk permainan seperti Candy Crush juga memperlihatkan pengurangan yang sedikit iaitu 250 juta pemain berbanding 258 juta pemain pada tahun lepas.
Anda boleh baca laporan penuh untuk prestasi kewangan Activision Blizzard di pautan ini.