Activision telah mengumumkan Call of Duty Vanguard dan Call of Duty Warzone akan menerima kandungan berdasarkan Godzilla vs Kong melalui Operation Monarch yagn akan menawarkan berkas Tracer Pack: Kong, Tracer Pack: Godzilla Reactive Mastercraft dan Tracer Pack: Mechagodzilla.

Berkas ini akan tiba secara berperingkat bermula pada 11 Mei, di mana Activision sedang melakukan bancian di Twitter untuk meminta pendapat pemain, berkas yang mana patut ditawarkan terlebih dahulu.

Tracer Pack: Kong akan menyertakan 9 barangan termasuk juga kostum “Kong” untuk Operator Wade, bersama dengan blueprint untuk senjata “Temple of Kong” Sniper Rifle, “Skull Island Shaker” SMG, “Kong’s Scepter,” dan kapak “Skål Crusher”.

Selain itu pemain juga akan mendapat Gerakan Akhir “Gravity Inversion”, penyembur “Primal Power”, hiasan senjata “Jia’s Doll”, logo “Kong Roar” dan intro “Watch Your Back”.

Tracer Pack: Godzilla Reactive Mastercraft juga akan menyertakan 9 barangan iaitu kostum “Godzilla Ghillie” untuk Operator Shigenori bersama dengan blueprint senjata “Breath of Godzilla” untuk assault rifle, dan “Awakened Alpha” LMG.

Ia juga menyertakan Gerakan Akhir “Gojira Stomp”, Kad Panggilan “Protector of Earth”, dua penyembur, Logo “Godzilla Heat Ray”dan MVP Higlight “Big Mistake” (untuk Vanguard sahaja).

Tracer Pack: Mechagodzilla juga akan menyertakan 9 barangan termasuk juga kostum “Mechagodzilla” untuk Operator Contanze. Blueprint senjata pula adalah “Cybernetic Destroyer” Assault Rifle, “Neural Uplink” SMG, dan pedang “Nanometal Tail Blade”.

Melengkapi berkas ini adalah MVP Highlight “Machine Learning”, Intro “Rival Protocol” (kedua-duanya adalah eksklusif untuk Vanguard), jam “Network Uptime”, hiasan senjata “Mechagodzilla Head” dan logo “Evolving Together”.

Tarikh pelancaran untuk tiga berkas ini akan diumumkan kemudian, sebelum itu anda boleh tonton treler acah yang dikongsi untuk Operation Monarch ini.

Call of Duty Vanguard dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Warzone adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini