Riot Games telah mengumumkan yang Valorant Episode 4 Act 3 iaitu musim baharu untuk permainan menembak tersebut akan bermula pada 28 April ini, di mana mereka akan menawarkan Battlepass baharu dan juga agent baharu iaitu Fade.
Fade adalah watak yang berasal dari Turki dan dihasilkan sebagai pilihan kedua untuk pemain yang ingin menggunakan watak dengan memfokuskan intipan selepas Sova. Berikut adalah kebolehan untuk Fade;
Seperti biasa, bersama dengan bermulanya musim baharu, Battlepass baharu juga diperkenalkan dan pemain boleh dapatkan barangan kosmetik secara percuma dan boleh membayar 1,000 VP jika ingin lebih banyak barangan.
Valorant sudah dikeluarkan untuk PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.