Milestone dan Mattel telah melancarkan penambahan baharu untuk permainan Hot Wheels Unleashed mereka. Melaluinya ia akan menyertakan penambahan kandungan termasuk juga pilihan kereta baharu.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Antara yang disertakan adalah 5 kereta baharu iaitu Race Ace, Tiger Shark, HW Demo Derby, 5 Alarm and the legendary Bone Shaker. Kawasan serta barangan baharu untuk digunakan di litar. Ia juga menyertakan 4 senario baharu untuk perlumbaan. Penambahan ini boleh didapatkan dengan harga bermula RM30.

Hot Wheels Unleashed sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Sohor Kini