Filem The Batman arahan Matt Reeves adalah iterasi Batman terbaik sejak Ben Affleck. Walaupun ada beberapa aspek masih tidak dapat menandingi versi Christian Bale, apa yang Robert Pattinson bawakan agak memuaskan. Ia gelap, ganas, emo dan membawa penonton ke dunia beliau yang murung.

Tahun 1966 adalah tahun di mana filem Batman lakonan Adam West ditayangkan buat pertama kali sebagai filem aksi nyata Batman pertama. Namun sayang sekali pelakon hebat ini tidak diberi peluang berlakon dalam filem Batman yang ganas dan mengikut komik secara terus. Sebaliknya ia menjadi filem komedi yang cringe dan aneh sekali.

Untuk itu, pakar kesan visual yang berpengalaman dalam menghasilkan banyak video berkualiti tinggi – malah pernah terlibat dengan projek Spider-Man versi Tom Holland untuk iklan. Pakar ini adalah pasukan di sebalik Corridor. Mereka menggunakan perisian Nuke, dan mencari semua video berkualiti tinggi filem Batman 1966 dan menggunakan adegan-adegan Adam West sebagai Batman, Burt Ward sebagai Robin, Burgess Meredith sebagai The Penguin dan Frank Gorshin sebagai The Riddler dalam treler The Batman.

Mereka ingin memberi Batman versi Adam West, dapat beraksi dalam filem The Batman yang ganas, gelap dan terkini menggunakan teknologi moden. Sambil itu juga memberi hormat kepada Adam West yang memainkan watak Batman aksi nyata pertama. Hasil treler ini kelihatan menarik, lucu dan kreatif.

Apa kata anda dengan treler Batman “baharu” oleh Corridor ini? Adam West telah meninggal dunia pada 9 Jun 2017.

Sohor Kini