Nicolas Cage adalah pelakon yang berbakat dan beliau agak hebat pada suatu masa dahulu kerana banyak filem beliau popular dan dikenali ramai. Kini beliau dilihat terlibat dengan banyak filem yang boleh dikatakan indie, bajet rendah dan tidak begitu meluas promosinya. Jika ada pun adalah Spider-Man Into The Spider-Verse sebagai pelakon suara Spider Noir dan akan datang filem dracula Renfield.

Filem terkini beliau yang ramai nantikan untuk tonton kerana tayangan yang terhad dan belum ada di platform penstriman adalah The Unbearable Weight of Massive Talent. Dalam filem ini Nicolas Cage berlakon sebagai Nick Cage iaitu versi fiksyen diri beliau. Filem ini adalah filem aksi komedi di mana Javi Gutierrez lakonan Pedro Pascal adalah peminat setia beliau dan juga merupakan seorang pembunuh yang sedang diburu oleh Vivan lakonan Tiffany Haddish.

Dalam filem ini Javi mempunyai pelbagai barangan eksklusif Nick Cage. Sempena dengan filem ini, Lionsgate telah hadir dengan muzium realiti terimbuh (AR) dengan judul CaGe. Dalam muzium ini id dipenuhi dengan hasil seni bertemakan Nick Cage seperti poster peminat, patung kepala, dan banyak algi dengan bimbingan audio oleh Javi.

Dalam muzium ini bagi yang melawatinya akan boleh nampak petunjuk daripada filem Vampire’s KissCon AirKick AssGhost RiderThe Wicker ManMandyFace/Off, dan National Treasure. Peminat setia Nicolas Cage pasti akan suka. Dalam muzium AR ini juga, turut disediakan Divine Inspiration untuk pelawat tunduk hormat kepada Nick Cage dan dengan menggunakan kamera peranti akan membawa pelawat ke pengalaman seakan psikedelik dengan ayat-ayat aneh daripada filem oleh Nick Cage.

Bagi yang berminat anda boleh kunjungi muzium ini dengan menekan pautan ini.

Sohor Kini