EA dan Codemasters telah mengumumkan yang F1 22 akan dikeluarkan pada 1 Julai 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Mereka mengatakan yang siri ini akan mempunyai perubahan yang besar.

Anda boleh tonton treler pengumuman di bawah.

F1 22 akan menyertakan musim baharu dengan senarai pemandu berdasarkan yang terkini, selain itu pemain juga kini boleh mengalami hari perlumbaan F1 dengan lebih mendalam dengan pilihan gaya siaran Formation Laps, Safety Car dan juga Pit Stops.

Ia juga akan menyertakan sokongan realiti maya untuk PC menggunakan Oculus Rift dan juga HTC Vive.

Sohor Kini