Vivo hari ini telah mengumumkan secara rasmi siri baharu untuk penawaran telefon pintar mereka iaitu T1 Series di mana mereka mengumumkan dua model iaitu Vivo T1 5G dan Vivo T1x yang dikatakan memfokuskan kepada permainan mudah alih.

Vivo T1 5G dijanakan dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 778G 5G, skrin 6.44″ yang menggunakan panel AMOLED dan menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz. Bateri pula ia mempunyai saiz 4700mAh dan menyokong pengecasan pantas sehingga 66W. Ia ditawarkan dengan harga RM1,299.

Vivo T1x pula hadir dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 680, skrin 6.58″ yang menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz. Ia hadir dengan bateri saiz 5000mAh dan menyokong pengecasan sheingga 18W. Ia hadir dengan dua pilihan iaitu 4GB RAM + 64GB Storan dengan harga RM699 dan 8GB RAM + 128GB dengan harga RM899.

Bermula pada 25 April sehingga 24 Mei 2022 anda boleh dapatkan dengan harga yang lebih murah iaitu RM1,249 untuk Vivo T1 5G dan RM649 dan RM799 untuk Vivo T1x.

Sohor Kini