Shonen Jump telah mengumumkan yang Yuki Tabata iaitu penulis dan juga pelukis untuk manga Black Clover akan berehat selama 3 bulan sebelum beliau memulakan bahagian akhir bagi manga tersebut.
Melalui mesej yang dikongsi, beliau ingin meneruskan siri ini tanpa berehat akan tetapi selepas perbincangan dengan pihak editorial, mereka mengambil keputusan bersama yang berehat panjang adalah langkah yang lebih baik.
Beliau juga meminta maaf kepada pengikut manga ini dan mengatakan yang akan memastikan Black Clover akan menerima penutup yang baik, oleh itu berharap yang peminat akan menantikannya untuk sedikit masa lagi.
Manga Black Clover telah bermula sejak tahun 2015 lagi, dan kini telah mempunyai 330 episod. Siri Anime telah bermula sejak tahun 2017 dan episod terakhir disiarkan pada 30 Mac tahun lepas dan akan menerima satu filem yang akan disiarkan pada tahun 2023.