Paramount Pictures telah mengumumkan yang filem baharu untuk Dungeons & Dragons akan menggunakan judul Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves. Filem ini akan menjadi permulaan semula untuk siri filem berdasarkan permainan popular ini.

Dungeons & Dragons sebelum ini telah menerima tiga filem iaitu trilogi iaitu Dungeons & Dragons yang dikeluarkan pada tahun 2000, Dungeons & Dragons: Wrath of the Dragon God dikeluarkan pada tahun 2005 dan Dungeons & Dragons 3: The Book of Vile Darkness dikeluarkan pada tahun 2012.

Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves akan diarahkan oleh Jonathan Goldstein dan John Fracis Daley, mereka juga akan menjadi penulis bersama dengan Michael Gilio. Michael Gilio juga akan menghasilkan cerita bersama dengan Chris McKay.

Barisan pelakon adalah Chris Pine, Michelle Rodiguez, Justice Smith, Rege-Jean Page, Hugh Grant, Sophia Lilis, Chloe Coleman, Jason Wong dan Daisy Head.

Filem ini suda diumumkan sejak tahun 2013 lagi akan tetapi telah mengalami masalah kerana Warner Bros dan Sweetpea Entertainment telah mengumumkan filem baharu untuk Dungeons & Dragons, akan tetapi Hasbro juga mengatakan yang mereka sedang membangunkan filem yang sama bersama dengan Universal Pictures.

Selepas pergaduhan tersebut memasuki mahkamah, Warner Bros sebaliknya bekerjasama dengan Hasbro yang merupakan pemilik kepada Wizards of the Coast yang menerbitkan permainan Dungeons & Dragons. Pada tahun 2017, filem ini dipindahkan dari Hasbro ke Paramount Pictures.

Penggambaran untuk Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves sudah bermula sejak April 2021 dengan dijangka akan ditayangkan bermula pada 3 Mac 2023.

Sohor Kini