Ys 6: The Ark of Napishtim merupakan permainan MMORPG percuma yang dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia mengambil Ys 6 yang dikeluarkan untuk PC dan juga PlayStation 2 sebagai permainan asas tetapi diolah untuk menjadi permainan dalam talian.

Ys 6 sudah dikeluarkan di Jepun pada Julai tahun lepas, sebelum turut tiba di Taiwan, Macau dan Hong Kong. Terkini, VNG Games telah mengumumkan yang ia juga akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi dengan versi beta terbuka akan bermula pada 6 Mei 2022.

Sebelum sesi beta terbuka tersebut, pemain boleh melakukan pra-pendaftaran untuk mendapat pelbagai ganjaran mengikut jumlah pra-pendaftaran yang diperoleh. Setiap pra-pendaftaran juga akan memberi pemain peluang untuk memenangi iPhone 13 Pro Max, Kerusi Gaming Secretlab Titan dan set fon kepala Razer Hammerhead.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan melakukan pra-pendaftaran di pautan ini.

Sebagai satu permainan MMORPG, ia menyertakan pelbagai bentuk permainan yang menggalakkan sesi bermain bersama dengan rakan. Pemain boleh menyertai pemain lain untuk melakukan dungeons, mod penceritaan, boss raids dan juga mencari harta karun.

Pemain juga boleh memilih salah satu daripada 5 kelas yang disediakan iaitu Warrior, Ranger, Samurai, Assassin dan juga Mage, ia juga menyertakan 9 sub-kelas memberi lebih pilihan kepada pemain.

Ys 6: The Ark of Napishtim adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini