Kejohanan Mobile Legends Professional League Malaysia Musim Ke-9 sudah dianjurkan dengan jayanya bermula pada 18 Februari lepas, sehingga hari ini, di mana pusingan akhir memperlihatkan pasukan Todak mengalahkan Orange Esports dengan skor 4-1.

Todak yang turut berjaya ke peringkat akhir pada musim lepas tetapi tewas kepada Team SMG, menebus kekecewaan mereka dengan prestasi yang baik bagi kejohanan untuk musim ini. Sebagai juara Todak membawa pulang hadiah tunai $25 ribu manakala Orange Esports $12 ribu.

Kedua-dua pasukan juga akan mewakili Malaysia untuk ke kejohanan Mobile Legends Southeast Asia Cup 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur buat julung kalinya pada 11 hingga 19 Jun 2022.

Suhaz Esports mendapat tempat ketiga dan membawa pulang $5000 manakala Team Caracal yang membuat kejutan dengan menyingkirkan juara musim lepas iaitu Team SMG di peringkat Suku Akhir (Lower Bracket) berada di tempat keempat dan membawa pulang $3000.

Mobile Legends: Bang Bang sudah dikeluarkan untuk iOS dan Andorid. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini