Dragon Ball adalah satu judul yang tidak asingkan lagi tidak kira pada dua puluh, tiga puluh tahun yang dahulu ataupun sekarang, Dragon Ball masih lagi siri yang diikuti ramai. Sejak Akira Toriyama pertama kali menerbitkan Dragon Ball pada tahun 1984, ia boleh dikatakan sebagai manga yang menjadi inspirasi kepada pelbagai siri manga popular yang lain antaranya adalah Naruto, Bleach dan One Piece.

Melalui artikel ini, saya akan kongsi-kan 5 fakta menarik mengenai Dragon Ball yang anda perlu tahu. Sebelum saya teruskan, artikel ini diterbitkan dengan kerjasama bersama dengan Solvil et Titus iaitu pengeluar jam tangan sejak tahun 1892 lagi.

Memberi peluang kepada peminat Dragon Ball, mereka telah hadir dengan koleksi jam tangan edisi terhad berdasarkan siri popular tersebut. Siri jam tangan ini sudah habis terjual di Hong Kong, Singapura dan Thailand tetapi anda masih berpeluang untuk mendapatkannya, apabila Solvil et Titus akan membawa jam tangan ini ke pasaran Malaysia.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi tidak diumumkan lagi akan tetapi anda boleh layari laman Solvil et Titus x Dragon Ball Z untuk maklumat lanjut dan juga melakukan pendaftaran minat agar anda menjadi yang pertama untuk mengetahuinya; https://www.solvil-et-titus.my/solvil-et-titus-x-dragon-ball-z/

Kami juga ada kongsi-kan maklumat lanjut di bahagian akhir artikel ini.

Berbalik kepada artikel ini, berikut adalah 5 fakta menarik mengenai Dragon Ball yang anda perlu tahu;

1. Sumber Inspirasi Utama Dragon Ball

Seperti saya katakan di atas, selepas diterbitkan dan menjadi satu fenomena di dalam dunia manga dan juga anime, Dragon Ball telah menjadi inspirasi kepada pelbagai siri manga dan anime yang lain, termasuk juga siri yang mencapai populariti melebihi Dragon Ball.

Namun, Dragon Ball sendiri juga mengambil inspirasi daripada sumber yang berbeza. Akira Toriyama merupakan peminat tegar untuk filem-filem seni pertahanan diri dari Hong Kong. Beliau sangat menyukai filem Bruce Lee dan juga Jackie Chan. Daripada sumber inilah beliau hadir dengan manga tunggal iaitu Dragon Boy.

Dragon Boy kemudiannya dikembangkan menjadi Dragon Ball di mana Akira Toriyama mengambil inspirasi daripada Journey to the West iaitu novel yang diterbitkan sejak abad ke 16 lagi, dan turut diadaptasi kepada pelbagai media.

2. Goku Day Disambut Pada 9 Mei Setiap Tahun

Sejak tahun 2015, Japanese Aniversary Association telah mengisytiharkan 9 Mei sebagai Goku Day berdasarkan nombor 5 dan 9 dibaca sebagai “Go” dan “Ku” di dalam bahasa Jepun. Japanese Aniversary Association bukanlah organisasi di bawah kerajaan, oleh itu ia bukan sambutan yang digazetkan oleh kerajaan Jepun akan tetapi boleh dikatakan sebagai sambutan rasmi untuk peminat-peminat Dragon ball di seluruh dunia.

Sebagai pemegang rasmi untuk barangan dan juga permainan Dragon Ball, Bandai Namco kebiasaanya hadir dengan pelbagai aktiviti untuk menyambut Goku Day ini, contohnya pada tahun lepas mereka telah hadir dengan kempen khas di Twitter, dan juga kandungan tambahan untuk permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ.

3. Dragon Ball Adalah Manga Ketiga Paling Banyak Diedarkan

Siri manga Dragon Ball pertama kali dikeluarkan pada tahun 1984 dengan berakhir pada tahun 1995, namun sejak daripada itu, ia telah dikeluarkan dengan pelbagai edisi dan telah diedarkan secara global termasuk diterjemah kepada pelbagai bahasa.

Mengikut pengumuman oleh beberapa sumber, manga Dragon Ball telah diedarkan sebanyak 280 hingga 300 juta salinan, menjadikan ia adalah siri manga ketiga yang paling yang diedarkan di belakang One Piece dan Golgo 13, namun berbanding dua manga tersebut yang mempunyai lebih 100 jilid, Dragon Ball hanya mempunyai 42 jilid dengan purata 6 juta salinan untuk setiap jilid.

Jumlah ini juga tidak mengambil kira manga-manga yang diedarkan secara tidak rasmi ataupun cetak rompak, di mana ia dianggarkan akan membawa kepada lebih 400 juta salinan jika diambil kira.

4. Dragon Ball Telah Mempunyai Lebih 70 Permainan Video

Lebih kurang 2 tahun selepas siri Dragon Ball bermula, ia telah menerima permainan video pertama iaitu Dragon Ball: Dragon Daihikyo yang dikeluarkan di Jepun pada tahun 1986 untuk konsol Super Cassette Vision.

Selepas daripada itu, ia telah menerima lebih 70 permainan video untuk pelbagai platform iaitu konsol, PC, arked dan juga permainan mudah alih.

Jualan untuk permainan video Dragon Ball dianggarkan mencecah 66.6 juta salinan yang membawa kepada pendapatan melebihi $6 bilion, dengan permainan yang paling laris adalah Dragon Ball Xenoverse 2, Dragon Ball FighterZ yang mencecah 8 juta unit, diikuti Dragon Ball Xenoverse, Dragon Ball Z: Kakarot dan Dragon Ball Z: Budokai.

5. Francais Dragon Ball Telah Menjana Pendapat Lebih $30 Bilion

Selain manga dan permainan video, Dragon Ball juga popular di dalam pelbagai perkara lain seperti filem, siri anime, trading card, muzik dan merchandise. Menurut anggaran Dragon Ball sebagai satu francais telah menjana lebih daripada $30 bilion pendapatan, ia adalah jumlah yang dipercakapkan pada tahun 2004 oleh itu kita boleh katakan yang jumlah sebenar adalah jauh lebih tinggi.

Jika mengikut beberapa pecahan, manga yang telah terjual melebihi 300 juta salinan telah menjana lebih $2 bilion, permainan video seperti yang saya katakan di atas, lebih $6 bilion, manakala filem dan siri anime telah menjana lebih $3 bilion.

Manakala merchandise berdasarkan Dragon Ball dianggarkan telah terjual sebanyak $7.781 bilion setakat tahun 2020 dengan Bandai Namco adalah pengedar utama untuk barangan ini.

Solvil et Titus x Dragon Ball

Bercakap mengenai merchandise, seperti yang saya telah kongsikan di atas, Solvil et Titus telah melancarkan koleksi jam tangan Dragon Ball edisi terhad. Ia hadir dengan 7 rekaan berdasarkan 7 watak Dragon Ball iaitu Goku, Gohan Vegeta, Frieza, Cell, Majin Buu dan Shenron.

Solvil et Titus x Dragon Ball Z “Son Goku”

Bagi jam rekaan berdasarkan Goku, ia hadir dengan warna oren dan juga biru seperti pakaian biasa untuk Goku. Perkataan “Go” yang biasa menghias bahagian dada dan juga belakang Goku diletakkan di bawah berhampiran dengan jam enam.

Di bahagian crown terdapat motif empat bintang menggambarkan Dragon Ball bintang 4 yang merupakan Dragon ball pertama dimiliki oleh Goku peninggalan penjaga dan juga datuknya Son Gohan. Di tali juga terdapat siluet Goku versi kanak-kanak dan di bahagian belakang terdapat ukiran Goku bersama dengan logo Dragon Ball Z dan nombor unit “000/500” mengikut jumlah unit yang akan ditawarkan.

Ia juga disertakan dengan paparan yang bercahaya untuk memudahkan dilihat di dalam gelap, setiap pembelian akan disertakan dengan kotak dan juga beg tote khas.

Solvil et Titus x Dragon Ball Z “Son Gohan”

Bagi rekaan untuk Son Gohan pula ia hadir dengan rekaan yang menggunakan warna ungu dan putih, iaitu berdasarkan pakaian yang dipakai oleh Gohan versi kanak-kanak bersama dengan dial berwana kelabu yang timbul.

Di bahagian crown terdapat simbol untuk Gohan dan di tali terdapat siluet Gohan versi kanak-kanak dan di bahagian belakang jam terdapat ukiran Gohan bersama dengan logo Dragon Ball Z bersama dengan nombor unit “000/150” mengikut jumlah unit yang akan ditawarkan.

Ia juga disertakan dengan paparan yang bercahaya untuk memudahkan dilihat di dalam gelap, setiap pembelian akan disertakan dengan kotak, beg tote khas dan juga sijil pemilikan mengikut nombor model.

Solvil et Titus x Dragon Ball Z “Vegeta”

Jam tangan Vegeta pula hadir dengan warna biru dan putihm dengan hiasan berwarna kuning. Di bahagian crown akan mempunyai simbol untuk Vegeta, dengan siluet Vegeta di tali jam.

Di bahagian belakang akan terdapat ukiran Vegeta, logo Dragon Ball Z dan juga nombor unit “000/150” mengikut jumlah unit yang akan ditawarkan.

Ia juga disertakan dengan paparan yang bercahaya untuk memudahkan dilihat di dalam gelap, setiap pembelian akan disertakan dengan kotak dan juga beg tote khas.

Solvil et Titus x Dragon Ball Z “Frieza”

Bagi Frieza ia menggunakan warna yang sama dengan Gohan akan tetapi rekaan lebih kepada waran putih dengan warna ungu digunakan untuk jahitan dan juga hiasan-hiasan di dial.

Di bahagian crown akan terdapat tulisan Frieza di dalam bahasa Jepun, siluet Frieza di bahagian bawah tali jam. Di bahagian belakang akan terdapat ukiran Frieza, logo Dragon Ball Z dan juga nombor unit “000/150” mengikut jumlah unit yang akan ditawarkan.

Ia juga disertakan dengan paparan yang bercahaya untuk memudahkan dilihat di dalam gelap, setiap pembelian akan disertakan dengan kotak, beg tote khas dan juga sijil pemilikan mengikut nombor model.

Solvil et Titus x Dragon Ball Z “Cell”

Mengikut warna untuk Cell, jam tangan akan menggunakan warna hijau dengan ungu dengan bahagian permukaan jam akan mempunyai corak seperti di badan Cell.

Di bahagian crown akan terdapat simbol Red Ribbon Army, dengan Cell adalah Android yang dihasilkan oleh Dr Gero dan organisasi tersebut. Di bahagian belakang, bawah tali akan terdapat siluet Cell. Di bahagian belakang akan terdapat ukiran Cell, logo Dragon Ball Z dan juga nombor unit “000/150” mengikut jumlah unit yang akan ditawarkan.

Ia juga disertakan dengan paparan yang bercahaya untuk memudahkan dilihat di dalam gelap, setiap pembelian akan disertakan dengan kotak, beg tote khas dan juga sijil pemilikan mengikut nombor model.

Solvil et Titus x Dragon Ball Z “Majin Buu”

Jam tangan untuk Majin Buu hadir dengan warna merah jambu dan putih di bahagian permukaan jam dengan mempunyai rekaan kesan calar.

Di bahagian crown akan terdapat simbol untuk Majin Buu, dengan siluet Buu di bahagian belakang, bawah tali jam. Di bahagian belakang akan terdapat ukiran Majin Buu, logo Dragon Ball Z dan juga nombor unit “000/150” mengikut jumlah unit yang akan ditawarkan.

Ia juga disertakan dengan paparan yang bercahaya untuk memudahkan dilihat di dalam gelap, setiap pembelian akan disertakan dengan kotak, beg tote khas dan juga sijil pemilikan mengikut nombor model.

Solvil et Titus x Dragon Ball Z “Shenron”

Jam tangan untuk Shenron iaitu naga yang akan menampilkan diri apabila ketujuh-tujuh Dragon Ball dikumpul untuk menunaikan satu hajat, direka dengan warna hijau dan pasir. Perkataan “naga” di dalam bahasa jepun akan menghias bahagian bawah depan jam.

Di bahagian crown akan terdapat 7 simbol bintang menggambarkan dragon ball berbintang tujuh. Siluet Shenron akan diletakkan di bahagian belakang, bawah tali jam. Di bahagian belakang akan terdapat ukiran Shenron, logo Dragon Ball Z dan juga nombor unit “000/300” mengikut jumlah unit yang akan ditawarkan.

Ia juga disertakan dengan paparan yang bercahaya untuk memudahkan dilihat di dalam gelap, setiap pembelian akan disertakan dengan kotak, beg tote khas dan juga sijil pemilikan mengikut nombor model.

Jam ini masih tidak ditawarkan secara rasmi di Malaysia dan akan berharga dalam lingkungan RM1XXX, sebelum itu anda boleh daftar minat terlebih dahulu, untuk mendapatkan maklumat terbaru, terutama mengenai tarikh dan juga harga apabila ia dilancarkan kelak.

Terutama kerana ia akan dikeluarkan dengan sangat terhad iaitu 500 unit sahaja untuk Son Goku, 300 unit untuk Shenron dan 150 unit sahaja untuk Gohan, Vegeta, Frieza, Cell dan Buu.

Anda boleh lakukan pendaftaran melalui pautan ini; https://www.solvil-et-titus.my/solvil-et-titus-x-dragon-ball-z/.

Solvil & Titus menyokong pembayaran melalui Atome termasuk juga bayaran ansuran selama 3 bulan dengan 0% faedah.

Ikuti laman media sosial Solvil & Titus iaitu Facebook dan Instagram ataupun laman rasmi mereka untuk maklumat lanjut dan juga tawaran-tawaran lain.

Penafian: Advertorial ini dibawakan oleh Solvil & Titus.

Sohor Kini