Amnesia: Rebirth Dan Riverbond Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store pada minggu ini turut menawarkan dua permainan untuk tawaran permainan percuma mingguan mereka. Dua permainan tersebut adalah Amnesia: Rebirth dan Riverbond, kedua-dua permainan kini boleh ditebus sehingga 28 April 2022.

Amnesia: Rebirth merupakan permainan ketiga di dalam siri permainan seram ketahanan hidup Amnesia, ia dibangunkan serta diterbitkan oleh Firctional Games pada tahun 2020. Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Tasi Trianon yang sedang menyiasat gua dan juga makam yang misteri.

Muat turun Amnesia: Rebirth

Riverbond pula adalah permainan dungeon crawler yang comel, pemain perlu melalui pelbagai kawasan yang mempunyai cabaran tersendiri. Pemain boleh bermain secara berseorangan ataupun secara koperasi sehingga 4 pemain. Ia dibangunkan serta diterbitkan oleh Cococucumber sejak tahun 2019 lagi.

Muat Turun Riverbond

Selepas tawaran untuk dua permainan ini berakhir iaitu pada 28 April, Epic Games Store akan menawarkan dua permainan lain iaitu Just Die Already dan Paradigm.

Sohor Kini