Rancangan asal Monsta adalah untuk menayangkan filem Mechamato terlebih dahulu, berbanding yang sedia ada sekarang iaitu siri TV. Namun ia berubah kerana pandemik Covid-19, pembangunan filem ini terganggu.

Mechamato adalah kisah Amato dan spesis Power Sfera, MechaBot. Gandingan kedua-dua manusia dan robot ini menjadikan Amato sebagai hero Kota Hilir menewaskan robot jahat dan membawa mereka ke jalan keinsafan. Dalam siri animasi, Amato masih muda di sekitar usia remaja.

Amato dewasa telah pun muncul dalam filem BoBoiBoy kedua, iklan raya 2021 dan beberapa klu lain sepanjang francais BoBoiBoy. Kisah Amato akan diteruskan lagi dalam filem Mechamato akan datang.

CEO Monsta, Nizam Razak sempena menyambut kegembiraan sambutan positif iklan raya Kembali Aidilfitri. Beliau menyatakan Kota Hilir yang lebih luas boleh dilihat dalam filem Mechamato yang beliau mengharapkan akan tiba seawal hujung tahun ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini