Monsta meneruskan lagi trend persediaan Hari Raya dengan video iklan raya bertemakan BoBoiBoy seperti tahun lepas. Kali ini mereka memfokuskan mengenai dunia BoBoiBoy yang luas, termasuk memperlihatkan suasana Kota Hilir iaitu bandar bapa beliau membesar – Amato.

Dalam iklan Raya kali ini, Tok Aba membawa BoBoiBoy dan rakan-rakan ke Kota Hilir. Sebuah bandar yang direka berdasarkan Melaka. Selepas bertahun tidak ke Kota Hilir, asbab rindukan isteri Tok Aba – Tok Aba dilihat sebak kerana teringat akan memori bersama keluarga di bandar ini.

Kota Hilir dilihat penuh dengan pelbagai robot-robot daripada siri animasi Mechamato, iaitu robot yang diselamatkan oleh Amato yang kini menjadi pembantu, petugas dan pelbagai kerja harian lain di bandar.

Sambil-sambil Tok Aba dan BoBoiBoy merindui Amato dan ahli keluarga lain, video ini sekali lagi mengacah kehadiran Amato dalam filem Mechamato akan datang. Ia memberi petanda kita akan lihat Amato remaja sehingga dewasa dalam filem akan datang.

Sama-sama kita nantikan. Ketika artikel ini ditulis, video ini sudah pun menjadi sohor kini nombor 2 di Malaysia.

Sohor Kini