Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang pakej langganan baharu untuk PlayStation Plus yang diumumkan pada bulan Mac lepas akan mula ditawarkan secara berperingkat mengikut negara. Mereka sebelum ini mengumumkan yang ia akan tiba sekitar bulan Jun.

Namun, melalui pengumuman terbaru, di pasaran Asia, ia akan bermula dengan lebih awal iaitu pada 23 Mei, mereka mengatakan ia adalah kecuali Jepun sahaja menandakan yang pasaran Malaysia juga akan mendapatnya pada tarikh tersebut.

Manakala di Jepun ia akan bermula pada 1 Jun, diikuti di Amerika pada 13 Jun dan di Eropah pada 22 Jun 2022. Setiap tarikh ini adalah sasaran sahaja, oleh itu ia mungkin berubah dari semasa ke semasa.

Melalui pakej langganan baharu ini, PS Plus kini mempunyai tiga pilihan berbeza iaitu PlayStation Plus Essential, PlayStation Plus Extra dan PlayStation Plus Deluxe (PS Plus Premium untuk negara yang menyokong PS Now).

Anda boleh baca lanjut mengenai penawaran untuk setiap pilihan melalui pautan ini; Pakej Langganan Baharu PS Plus Diumumkan Secara Rasmi – Essential, Extra, Deluxe; Menyertakan Permainan PS,PS2 Dan PSP.

Sohor Kini