Jika pada akhir tahun lepas, Astro Ultra Box mula menyokong penstriman kandungan Netflix, kini Astro juga telah mengumumkan yang Astro Ultra Box bakal menyokong penstriman Disney+ Hotstar pada 28 April ini.
Berbanding Netflix, Disney+ Hotstar adalah aplikasi yang semestinya lebih memerlukan penambahan cara untuk menontonnya, kerana walaupun sudah lebih setahun dilancarkan, ia masih lagi terhad kepada peranti pintar, Android dan juga Apple TV.
Baca: Adakah Disney+ Hotstar Berbaloi?
Buat masa ini, hanya pelanggan Movie Pack yang menggunakan Ultra Box boleh menonton Disney+ Hotstar melaluinya. Jika Netflix ia mengambil lebih kurang 3 bulan sebelum Ulti Box mendapat sokongan yang sama, berkemungkinan satu tempoh yang sama untuk Disney+ Hotstar.
Sumber: Amanz