Nintendo telah mengumumkan yang Splatoon 3 yang pertama kali diumumkan pada tahun lepas akan dikeluarkan pada 9 September 2022 untuk Nintendo Switch. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi video yang memperlihatkan serba sedikit sesi permainan.
Splatoon 3 seperti permainan sebelum ini akan menyertakan mod dalam talian iaitu 4 lawan 4 Turf War, dengan pemain dapat bertempur di peringkat serba baharu yang antaranya Eeltail Alley yang diperlihatkan di dalam video di atas.
Selain mod dalam talian secara kompetitif, Splatoon 3 juga menyertakan mod permainan solo dan juga mod koperasi Salmon Run. Di dalam mod solo, pemain bersama dengan Agent 3 akan melawan Octarians dan mencari rahsia berkenaan Alterna dan Fuzzy Ooze.
Splatoon 3 sudah boleh di pra-tempah melalui Nintendo eShop dengan harga $59.99.
Selain itu, Nintendo juga mengumumkan yang pelanggan Nintendo Switch Online + Expansion Pack akan mendapat Splatoon 2: Octo Expansion DLC tanpa bayaran tambahan. Ia masih lagi memerlukan anda untuk memiliki permainan asas.