Buat masa ini, pengguna boleh melanggan Disney+ Hotstar secara terus yang ditawarkan dengan harga RM54.90 untuk tiga bulan ataupun melalui pakej-pakej langganan yang disediakan oleh Astro.

Terbaru, Unifi telah mengumumkan yang melalui pakej Ultimate Pack baharu ia akan menyertakan Disney+ Hotstar dengan harga langganan RM60 sebulan bersama dengan pelbagai saluran dan juga aplikasi penstriman yang lain.

Selain menyertakan akses kepada aplikasi penstriman, iaitu Disney+ Hotstar, Bein Sports Connect, Spotv Now dan BBC Player, ia juga akan menyertakan lebih 70 saluran TV seperti Animax HD, Dreamworks HD, dan AXN.

Pakej Ultimate Pack baharu ini akan ditawarkan bermula pada 17 Mei 2022 dan anda boleh lakukan pendaftaran minat di pautan ini.

Manakala pelanggan baharu Unifi Home 100Mbps tanpa Ultimate Pack akan menikmati akses ke aplikasi
tersebut untuk selama 6 bulan secara percuma. Disney+ Hotstar juga akan ditawarkan sebagai tambahan (add-on) pada harga RM16.00 sebulan untuk pelanggan unifi TV Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby
Plus Pack.

Pelanggan unifi Home tanpa sebarang Pek unifi TV mempunyai pilihan untuk melanggan aplikasi penstriman berkenaan secara berasingan pada harga RM54.90 untuk 3 bulan iaitu harga yang sama seperti melanggan secara terus.

Sohor Kini