Taliban yang kini menjadi kerajaan di Afghanistan telah mengumumkan yang kabinet kerajaan telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan permainan PUBG dan juga aplikasi Tik Tok di Afghanistan. Pengharaman ini mungkin adalah secara menyeluruh iaitu untuk PUBG dan juga PUBG Mobile.

Menurut mereka, permainan dan aplikasi tersebut membawa pengaruh yang tidak baik kepada remaja. Selain itu, arahan juga diberikan kepada stesen-stesen TV untuk tidak menyiarkan kandungan-kandungan yang tidak “bermoral”.

Ini bukanlah pertama kali PUBG menjadi permainan yang disasarkan oleh kerajaan untuk diharamkan, India sebelum ini juga telah mengharamkan PUBG Mobile yang memaksa untuk Krafton hadir dengan permainan khusus untuk negara tersebut.

Sohor Kini