Razer Leviathan adalah set speaker atau soundbar gaming daripada Razer. Ia hadir dengan sistem RGB Razer Chroma, menawarkan audio yang memfokuskan bass dan sudah semestinya menyasarkan kepada para pemain permainan video. Produk ini sudah lama diperkenalkan, dan kini mereka hadir dengan generasi baharu iaitu Razer Leviathan V2.

Melalui Leviathan V2 ini, Razer ingin menawarkan pengalaman audio dengan dentuman bass yang dalam, pendengaran yang berkualiti, jelas dan enak serta dengan pementasan audio lebih luas dan realistik. Razer turut menyertakan sokongan audio spatial THX pada soundbar ini.

Soundbar ini menggunakan 2x pemacu audio penuh, 2x radiator pasif, 2x tweeter, 1x subwoofer dan turut mempunyai sokongan RGB Razer Chroma dengan 18 zon pencahayaan. Ia juga sesuai untuk digunakan bersama dengan dua peranti seperti komputer dan telefon dengan menyokong sambungan Bluetooth 5.2.

Soundbar Leviathan V2 ini direka dengan rekaan kompak agar mudah untuk pengguna alihkan, Kaki di bawah juga boleh ditanggalkan untuk mudah diletak pada paras yang selesa dengan pengguna. Harga jualan rasmi di Malaysia adalah RM1,399 sahaja.

Sohor Kini