Milestone dan Dorna Sports telah melancarkan secara rasmi, permainan baharu untuk permainan simulasi MotoGP 22 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.
Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.
Antara penambah-baikkan yang disertakan adalah animasi wajah, watak dan juga persekitaran yang lebih realistik. Pemain juga kini boleh mengawal RHD dan juga suspensions motorsikal untuk memberikan prestasi yang diinginkan.
MotoGP 22 juga memperkenalkan mod baharu iaitu NINE di mana pemain akan bermain semula musim MotoGP untuk tahun 2009. Melaluinya pemain boleh bermain sebagai Rossi, Pedrosa, Stoner dan Lorenzo untuk mengetahui lanjut mengenai apa yang berlaku pada musim tersebut.