Skip to main content

Seperti diumumkan sebelum ini, Deep Silver dan Volition akhirnya berkongsi maklumat lanjut mengenai Saints Row dan kali ini ia memfokuskan kepada fungsi pengubahsuaian yang akan disertakan di dalam permainan ini.

Kami boleh katakan yang ia akan mengambil kebanyakan masa anda semasa bermain permainan ini. Anda boleh tonton video perkongsian tersebut di bawah.

Seperti biasa, perkara pertama yang pemain boleh ubah suai adalah rupa dan fizikal watak, Saints Row menyertakan pelbagai tetapan yang membolehkan anda untuk menjadi sesiapa sahaja, termasuk juga alien ataupun Shrek.

Seterusnya adalah pakaian, membawa fungsi seperti Saints Row 2, pakaian juga mempunyai pelbagai lapisan yang boleh diubah suai, untuk menjadikan watak anda lebih unik.

Selain itu, pemain juga boleh mengubah suai kenderaan dengan pelbagai hiasan menggunakan pelbagai jenis kereta, dan juga senjata agar ia bukan sahaja bahaya tetapi juga kelihatan cool.

Permulaan semula untuk siri Saints Row ini, membolehkan pemain untuk membentuk empayar jenayah tersendiri dan setiap empayar akan memerlukan pusat operasi, dan pemain juga boleh mengubah suai pusat operasi ini untuk menjadi casa impian.

Saints Row akan dikeluarkan pada 23 Ogos 2022 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store.

Leave a Reply