UniPin telah mengumumkan kembalinya kejohanan esukan Ladies Series MY/SG 2022 buat tahun kedua dengan menawarkan hadiah terkumpul lebih tinggi berbanding kejohanan lepas iaitu RM7 ribu berbanding RM2 ribu.

Ladies Series MY/SG 2022 merupakan kejohanan esukan yang melibatkan permainan Mobile Legends, dan ia adalah terbuka kepada pemain wanita sahaja sebagai langkah untuk mempertingkatkan penglibatan wanita di dalam esukan.

Pendaftaran bagi kejohanan ini bermula pada 21 April hingga 10 Mei 2022 dan boleh diakses melalui https://www.seaca.gg/. Peringkat kelayakan akan berlangsung bermula 12 Mei hingga 14 Mei 2022. Manakala, musim biasa dijadualkan bermula 19 Mei hingga 4 Jun, diikuti peringkat play-off dari 10 hingga 19 Jun.

Pasukan terbaik di dalam kejohanan ini juga akan mewakili negara untuk kejohanan UniPin Ladies Series Southeast Asia Invitational.

Oleh kerana wabak pandemik yang masih berterusan, kejohanan ini akan dilangsungkan secara atas talian, dan akan disiarkan menerusi akaun YouTube, laman FB di  https://www.facebook.com/OfficialUniPinMalaysia/ dan platform TikTok UniPin Malaysia. Semua perlawanan UniPin Ladies Series MYSG 2022 boleh diakses melalui www.youtube.com/UniPinGaming.

Sohor Kini