Lightyear adalah filem animasi mengenai angkasawan Buzz Lightyear, iaitu watak figura aksi angkasawan dalam filem animasi Toy Story. Bagi yang tidak tahu, figura aksi itu adalah berdasarkan angkasawan sebenar dalam dunia animasi tersebut dan filem ini akan memperlihatkan kisah beliau bagaimana beliau boleh menjadi angkasawan yang hebat dan dikenali.

Dalam treler kita boleh lihat yang filem ini akan menceritakan kisah pengembaraan Buzz di angkasa. Treler sebelum ini memperlihatkan pertempuran beliau bersama Emperor Zurg, kali ini ia mendedahkan yang Buzz terperangkap di angkasa lebih 62 tahun di masa hadapan selepas kejadian tidak dijangka dalam menguji kapal angkasa pada kadar kelajuan hiper.

Buzz turut bertemu dengan Izzy, iaitu cucu sahabat beliau Alicia. Mereka perlu sama-sama bersatu untuk menewaskan Emperor Zurg dan cuba kembali ke masa sebenar Buzz. Pelakon suara bagi Buzz dalam filem animasi ini adalah Chris Evans, berbeza dengan Toy Story iaitu Tim Allen. Selain itu Keke Palmer, Dale Soules dan Taika Waititi turut menjadi pelakon suara dalam filem ini.

Filem ini akan ditayangkan pada 17 Jun akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini