Square Enix dan People Can Fly telah mengumumkan yang permainan menembak looter shooter mereka iaitu Outriders akan menerima penambahan terbaru Worldslayer yang akan dikeluarkan pada 30 Jun 2022.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Worldslayer akan menyertakan kempen, bentuk permainan dan juga kandungan akhir yang baharu, pemain yang telah mencapai tahap 30 boleh terus bermain kandungan ini, manakala pemain baharu boleh bermula dengan kempen asal ataupun dengan menggunakan Boost yang akan meningkatkan tahap terus ke 30.

Pemain yang sudah memiliki Outriders boleh membeli Worldslayer Upgrade untuk mendapatkan kandungan baharu ini, manakala pemain baharu boleh beli versi penuh secara terus.

Outriders Worldslayer akan dikeluarkan untuk PlyaStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, dan PC.

Sohor Kini