Penggambaran untuk filem Fast X iaitu filem kedua terakhir francais The Fast Saga (akan berakhir dengan filem ke-11), telah pun bermula. Logo bagi filem ini turut telah didedahkan oleh Vin Diesel, iaitu pelakon bagi watak Dominic Toretto dan juga penerbit filem ini.

Walaupun filem ini akan menampilkan dua pelakon hebat, iaitu Jason Momoa dan Brie LarsonPelakon Captain Marvel, Brie Larson Kini Menyertai Keluarga Fast & Furious – seorang pelakon terkenal dengan francais ini hampir tidak terlibat dalam Fast X. Pelakon ini adalah Jordana Brewster, yang memainkan watak Mia Toretto.

Menurut Vin Diesel dalam perkongsian beliau di Instagram, skrip awal filem ini tidak menyertakan watak Mia Toretto. Namun perkara ini berubah selepas beliau menyatakan beliau hampir tidak bersemangat untuk meneruskan francais filem ini kerana watak Mia adalah penting dan merupakan peringatan antara hubungan beliau dan Paul Walker yang memainkan watak Brian.

Bersama-sama dengan Jordana, Rodriguez juga kembali sebagai Letty, Chris “Ludacris” Bridges sebagai Tej, Tyrese Gibson sebagai Roman, Nathalie Emmanuel sebagai Ramsey, Sung Kang juga kembali sebagai Han, dan Charlize Theron sebagai Cipher akan kembali menjadi penjenayah dalam filem ini.

Sohor Kini