Jackass 4.5 Akan Disiarkan Di Netflix Pada 20 Mei Ini

Aku adalah seorang penggemar terhadap filem, siri TV atau animasi yang ganas dan ngeri. Contoh di Prime Video adalah Invincible dan The Boys, di Netflix tidak banyak antara yang ada adalah Love Death + Robot, filem seperti V/H/S di Shudder, filem keluaran A24 seperti Midsommar dan banyak lagi.

Tetapi itu semuanya tipu, CGI dan hanyalah imaginasi daripada seorang pengkarya yang kreatif. Bagaimana kalau yang benar-benar berlaku? Anda mesti pernah tonton America’s Funniest Home Videos yang ada banyak video tercedera lucu, padahal kita patut terkejut dan kesian. Jackass adalah filem yang aku suka untuk bab aksi ngeri yang gila.

Filem ini mengisahkan sekumpulan geng pakar papan selaju (skateboard) yang melakukan usikan dirancang kepada rakan-rakan. Ada juga yang tidak dirancang. Aksi mereka semua ini adalah gila ganas, jijik dan adakalanya nak muntah pun ada.

Filem ini bermula dengan konsep home videos, beralih ke siri TV dan kini mempunyai beberapa filem termasuk filem sampingan. Jackass Forever adalah filem ketujuh selepas Jackass: The Movie (2002), Jackass Number Two (2006), Jackass 2.5, Jackass 3D (2010), Jackass 3.5 dan Jackass Presents: Bad Grandpa (2013).

Filem sampingan kali ini adalah Jackass 4.5, ia adalah adegan yang dirakam ketika Jackass Forever tetapi menggunakan semua bahagian filem yang tidak digunakan dalam suntingan akhir. Ia juga adalah berbeza dengan adegan yang dipotong iaitu 40 minit untuk Forever. Boleh dikatakan ia adalah satu “sekuel” berserta dengan komentar daripada selebriti jemputan, pelakon itu sendiri dan kru-kru.

Filem ini akan menjadi eksklusif untuk siaran di Netflix pada 20 Mei, berbanding sebelum ini di Paramount+. Buat masa ini tidak pasti lagi jika ia akan turut disiarkan di Netflix Malaysia atau terhad untuk beberapa negara sahaja.

Sohor Kini